Jumaat, 11 Disember 2015

Aqilah dan Blognya

Assalamualaikum 

Dah berblogging hampir empat tahun ni tapi tak pernah pun nak cerita pasal diri sendiri kan. Hahaa. Dah la sekejap muncul sekejap hilang dari dunia blog ni. Oke, di kesempatan ini nak la cerita sikit kan.

Nama diberi Nur Aqilah Binti Alias. Nak panggil apa apa terpulang lah, nama pun ada dua ketul tu je. Hahaa. Start berblogging ni dah lama la juga dari tahun 2011. Time tu tingkatan empat, saja tengok kakak ada blog macam syok je kan. So, kita pun join la skaki. Masa mula mula tu rancak la, kejap kejap update, walaupun tersangatlah mengarut. Huhuu.



Masuk 2012, dah kurang dah sikit. Konon nak fokus SPM kan. Tapi ada la juga update tu, Lepastu set dah dalam kepala, habis SPM nanti nak jadi blogger tegar, nak rajinkan diri update blog semua. Tapi janji tinggal janji. Hahaa. Lepas habis SPM dapat pula PLKN, memang hancur lah nak jadi blogger tegar tu kan. Tujuh puluh dua hari bergelar pelatih PLKN. (Nak tahu perjalanan saya sepanjang PLKN boleh la scroll scroll post bawah bawah tu. Hihii).

Mei 2013, daftar masuk matrik. Saya dapat Kolej Matrikulasi Perak. Lepas dah masuk matrik memang menyepi terus dari dunia blog ni, sampai lah habis 2014 tu. Masa tu ingat memang nak padam terus dah blog ni, tapi tetiba rasa rindukan. So, tak jadi la. Ada la update tiga post sepanjang 2014 tu. Hahaa, nampak sgt malasnye tu kan.

Antara tiga post tu ada la satu saya cerita pasal diri aku dekat UUM ni. Alhamdulillah sekarang dah nak habis semester tiga dah pun. Kenapa sekejap sangat masa berlalu eh?. Banyak juga sebenarnya nak cerita pasal UUM ni tapi bila dah depan laptop tetiba hilang terus idea. Hahaa.

Oke, malas la nak cerita panjang panjang ni. Saya update ni pun sebenarnya sebab satu subjek yang saya ambil sem ni perlu buat blog dan sediakan atleast sepuluh post.

Tu je. Bye.

Tiada ulasan: