Rabu, 3 April 2013

Perjalanan Seorang Wirawati | Program Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Selamat Petang. Bestnye kalau dapat menaip tepi pantai kan? Huhu, dah lama tak pergi pantai, rindunye nak lihat ombak. SubhanaAllah :)

Hermm, dah lama sebenarnye nak kongsi cerita ni tapiii disebabkan malas melanda terpaksalah aku peram dulu gambar gambar ni dalam folder, nasib baiklah tak jadi pekasam lagi. huhu :P


Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Telekong salah sebuah sekolah di Kelantan pada tarikh 09 Mac 2013. Waah, nampak disini peristiwa ini sudah sebulan berlalu. Huhu :)

Seronok sangat lihat kanak kanak, makcik makcik, pakcik pak cik semua main. Banyak permainan yang telah dipermainkan antaranya bowling padang, bawa bola dlm sudu*seronok sangat lihat telatah makcik makcik main ni, ada yang tak ada gigi tu mintak bawa dgn tangan, susah nak gigit katanye, main belon air*aku pun main jgak, lima orang satu kumpulan yang mana kumpulan aku terdiri drp dua orang makcik dan tiga orang pelatih PLKN.Kami dapat tempat ketiga. Hehe and banyak lagi lah permainan. 

Kalau tak silap, gambar dekat atas ni main rebut gula gula disertai oleh golongan kanak kanak. 




Ni aktiviti gotong royong, tapi aku gotong royong kutip kenangan je. Hehe, ada lah jgak kutip sampah sikit sikit. Lagi pun kawasan ni bukannye banyak sampah. :)


Dua beradik yang cantik dan cute. Nama dorang Sharifah tapi Sharifah apa tu aku tak ingat dah. Hehe, belah kanan tu kakak, kira tu adik. Si adik tu banyak cakap sikit berbanding si kakaknye. 


Nama pun pergi Sekolah Kebangsaan kan, haruslah ramai budak budak. Aku pun apa lagi tangkap je lah mana mana budak yang lalu lalu  untuk dijadikan peneman bergambar. Hehe. Tapi yang baju putih tu dah Form 1. 


Dari kiri; Foo, Aku, Kak Wani dan Rachel. Kami 1 Malaysia. Rindu nak belajar bahasa Mandarin dah. Foo yang banyak ajar aku tentang bahasa mandarin dan aku pun ajar jgak dia sikit sikit bahasa arab. Hehe  Thanks Foo. Hehe :) 



Ini plak Lai. AJK Disiplin Kem PLKN Batu Jong Kump 1 Siri10/13. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi kami tetap kawan. 


PLKN memang best ! Aku rasa rugi sangat siapa yang dapat tapi tak pergi, lainlah yang memang betul betul ada masalah. To adik adik siri seterusnye, kalau dapat PLKN pergilah especially siapa yang dapat Kem PLKN Batu Jong,Kuala Krai Kelantan. Kem TERBAIK !!!

#Maaf ayat dan tatabahasa aku rosak. 
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Tiada ulasan: