Selasa, 11 Disember 2012

BATU JONG AKU DATANG !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger 


Sepatutnye dah lama saya nak kongsikan kegembiraan ini bersama rakan rakan semua tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Heermm.

Oke, Alhamdulillah pada pagi yang indah ini dapat juga saya duduk di depan komputer dan menaip entri kegembiraan ini. Mungkin sebelum ini saya hanya kongsi cerita ini di TWITTER, pada rakan rakan dan keluarga saja. Hehe



Herrmm, Gembira ke?? Tak tahu la nak cakap macam mane. Kadang kadang macam tak sabar je nak pergi. Nak jumpa kawan baru. Lagi pun duduk kat rumah ni, apa la yang dapat kan. Nanti yang dapat lemak berlebihan je. Hehe.

Ramai juga kawan kawan tanya. Sebenarnya nak pergi ke tak?/. Oke, saya hanya berserah. Kalau dah rezeki saya, saya pergi je la. Bukannye pergi sana dorang nak buli kita ke apa kan. Makan free, duit lagi dapat. Hehe.  Syukur dengan rezeki yang diperoleh. Ramai lagi rakan rakan yang nak tapi rezeki tidak menyebelahi mereka. Sabar ye kawan kawan, mungkin sudah ada kerja yang lagi baik menanti anda. Ceehh//. Hee :)


Oke, mula mula dapat tahu saya dapat. Memang suka sangat la. Tapi bila tengok je penempatan ni, macam tawar hati pula nak pergi. Then, ada sorang senior dulu yang Tweet. Eh, BATU JONG. Best tempat tu. Lebih kurang macam tu la. Senyum sikit. Hee

Pergi asrama lepas tu, tanya lagi senior yang pernah kena PLKN. Ada sorang tu dapat tempat yang sama. Dia cakap. Eh, oke la tempat tu, peraturan tak ketat. Best sangat. Oke, dengar kata kata macam tu, lebih bersemangat la. Hee. Memang dari kecil dulu pun pernah ada niat nak pergi, tengok iklan dekat TV macam best je. 

Sekarang ni macam tak sabar sabar je pula rasanye nak pergi. 25 hari lagi, lebih kurang. BATU JONG AKU DATANG . 

Semalam, suka sangat bila dapat mesej daripada kawan baik saya, sejak zaman tadika lagi. Dia cakap, 'Lah, saya redha dah dengan PLKN ni.'. Hehe

Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnye 


Tiada ulasan: